Thursday 20 May 2010

Travelog Haji

Salam,
Baru semalam habis baca buku Travelog Haji, karangan Prof Dr Hj Kamil..ambik masa dua hari je..buku ringan berbentuk santai..tidak akademik..tapi buku ini ada kelainan dari buku-buku yang membicarakan Haji dan Umrah yang lain.Walau pun ia berkisar pengalaman peribadi ketika mengerjakan haji dan umrah tetapi pembaca pasti mendapat manfaat yang besar dari pengalaman penulis dan keluarga sekiranya mereka mahu mencari mutiara yang bertaburan dicelah baris-baris kisah yang ditulis. Keikhlasan penulis dalam mengejar haji mabrur dan menjadi tetamu Allah yang istimewa, kesungguhan mereka sekeluarga dalam mengejar apa yang mereka mahu cari di Tanah Haram memang amat berguna bagi mereka yang akan menunaikan haji dan umrah.Mudah-mudahan dapat memperkemaskan niat dan membetulkan matalamat dan membuat perancangan yang sewajarnya untuk mencapai matlamattersebut. Matlamat tidak lain tidak bukan Haji mabrur yang ganjarannya adalah syurga. Ilmu agama yang mendalam belum pasti boleh melaksanakan haji dengan sempurna tanpa keikhlasan,merendah diri dan tawakkal kepada Allah.Paling bahaya sifat ujub iaitu mengkagumi diri sendiri dengan ilmu yang dimiliki tetapi lupa ilmu tanpa amal dan tanpa keredaanNya tidak ada makna malah merupakan satu bencana, khususnya dalam urusan mengerjakan haji dan umrah seperti kisah yang didedahkan oleh penulis di akhir buku beliau.Tahniah kepada penulis, mudah-mudahan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah dengan manfaat yang diperolehi oleh pembaca.
Terima kasih kepada Puan Muhazita yang meminjamkan buku Travelog Haji ini yang memang sudah lama saya mencarinta.